SJK ( C ) Pei Chai, Kuantan





BP Myscience e-Zone 2010 Challenge


1 School, 1 Planet, 1 Future...

June 29, 2010

Carbon Challenge Session


Pada hari ini 29 Jun 2010, SJK(C) Pei Chai telah menerima kunjungan dari pegawai-pegawai BP Chemical Sdn Bhd. yang diketuai oleh Pn. Raja Tatina Raja Musa bagi menjayakan sesi Carbon Challenge. Kami, warga SJK(C) Pei Chai amat mengalu-alukan kedatangan mereka. Seramai 47 orang murid telah menyertai sesi ini yang diadakan di dalam makmal komputer sekolah. Kami menyambut kedatangan daripada pihak BP pada pukul 10.40 pagi dan sesi ini bermula pada pukul 11 hingga 12 tengahari. Program ini telah memberi impak yang positif kepada para pelajar dengan mendedahkan mereka tentang punca dan kesan negatif daripada pemanasan global pada hari ini. Selain itu, program hari ini telah dapat menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar. Kesemua pelajar memberikan kerjasama yang baik dan ditambah pula dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para pegawai dari BP Chemical Sdn Bhd. Ucapan jutaan TERIMA KASIH sekali lagi ditujukan kepada para pegawai Bp dan pihak-pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini.




June 28, 2010

Reduce! Reuse! Recycle!

Satu lagi program yang telah berjaya menarik minat para pelajar ialah PROGRAM KITAR SEMULA yang telah dijalankan selama 3 hari bermula hari Selasa (22.06.2010) dan kutipan di ambil pada hari Jumaat (25.06.2010). Meskipun sekolah kami belum mempunyai tong sampah khas untuk kitar semula, tetapi kami berusaha untuk menjayakan program ini dengan sebaiknya. Pusat sementara pengumpulan kitar semula telah diwujudkankan di hadapan dewan sekolah. Semua murid menunjukkan minat yang positif dan secara tidak langsung program ini dapat memupuk sikap menghargai alam sekitar di kalangan pelajar. Kitar semula merupakan kaedah yang asas untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar. Kami akan meneruskan program ini dengan sebaiknya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini untuk sekolah kita.



Reduce! Reuse! Recycle!


The issues of pollution and the state of the environment have become worldwide concerns. Every time we turn on TV or read the newspaper, we are treated to the latest environmental disaster. Issues like water pollution, the greenhouse effect, ozone depletion and acid rain are discussed in every corner of the globe. This new awareness brings hope for the future. We need to work together to keep our planet clean and free of toxic wastes. Remember, earth is our only home.