SJK ( C ) Pei Chai, Kuantan





BP Myscience e-Zone 2010 Challenge


1 School, 1 Planet, 1 Future...

June 27, 2010

Energy Saving Campaign

Pada hari Rabu (23.06.2010) yang lalu, pihak sekolah telah melancarkan satu lagi kempen "JIMAT TENAGA ataupun lebih diketahui oleh seluruh dunia sebagai ENERGY SAVING CAMPAIGN. Kempen ini bertujuan untuk memupuk sikap berjimat cermat dan yang lebih penting dapat mengurangkan penjanaan tenaga yang berlebihan. Hal ini kerana, tenaga elektrik ialah penyumbang utama kepada peningkatan suhu bumi. Tenaga elektrik dihasilkan melalui bahan bakar fosil. Oleh itu, pembakaran bahan ini akan membebaskan gas karbon dioksida ke atmosfera & menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah terutamanya Guru Besar SJK(C) Pei Chai, En. Goh Woon Lai (PKC,PJK) yang menyokong dan memberi galakkan kepada pelancaran kempen ini. Kempen ini dilancarkan di dalam dewan sekolah dengan Guru Besar memberi penerangan tentang kepentingan menjimatkan elektrik untuk menyelamatkan bumi dan kemudiannya, ketua kelas diberi 'sticker' kempen untuk ditampal di dalam kelas serta kawasan sekolah. Diharap, dengan pelancaran kempen ini dapat memberi kesedaran kepada semua warga SJK(C) Pei Chai untuk bersama-sama memulihara alam sekitar yang semakin tercemar.

No comments: